Friday, 1 May 2015

Jalan-jalan di hari cuti

Assalamualaikum semua :) Pada hari cuti semalam iaitu 1 Mei 2015 saya dan keluarga telah pergi berjalan-jalan. Pada pagi kami mengemas rumah. Selepas habis abang2 saya dan abah saya solat jumaat, kami telah pergi ke PWTC. Yang bestnya....saya dan kakak2 saya berjumpa ramai orang yang terkenal iaitu Ain Maisarah, Keith dan juga Yusuf Islam. Selepas habis membeli buku2 kami pergi ke Petronas untuk solat Asar. Kemudian, kami pergi ke Kg. Kuantan untuk melihat keindahan kelip-kelip pada waktu malam. Untuk melihat kelip-kelip itu, kami perlu menaiki bot. Yang bestnya, saya dapat memegang 3 ekor kelip-kelip. Mereka sangat cantik. Kalau anda mahu melihat kelip-kelip anda boleh pergi ke Kelip-kelip Kg. Kuantan.

Saturday, 4 April 2015

Mengapa saya kena stalk?

Assalamualaikum semua :). Selamat pagi dan selamat sejahtera. Daripada ucapan ini bunyi seperti saya gembira kan? Sebenarnya di dalam hati saya ada beribu kebimbangan. Baru2 ini ketika saya membuka Facebook setelah seminggu tidak membuka Facebook, saya dapati ada post yang lucah dan orang yang telah mencerobohi account Facebook saya telah memasukkan saya ke dalam group2 yang lucah. Ia mengambil masa yang sangat lama untuk delete post itu.Saya juga berharap mereka akan terfikir seperti ini "Dia hanya budak yang berumur 11 tahun. Tidak mungkin dia melihat benda2 yang lucah itu. Mungkin ada orang yang mencerobohi accountnya."

Wednesday, 4 March 2015

Kepada kawan2 ku

Korang,tolonglah jgn baca blog aku pastu bagitau org lain....